Monday, May 20, 2024

PRK Kemaman: Kenal pasti pusat undi mungkin dinaiki air

PRK Kemaman: Kenal pasti pusat undi mungkin dinaiki air

PRK Kemaman: Kenal pasti pusat undi mungkin dinaiki air
PAS dijangka mengatasi UMNO dalam PRK Kemaman. – Foto BERNAMA

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengenal pasti sekolah yang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) banjir agar tidak dijadikan pusat pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemilihan pusat pengundian penting bagi memastikan kelancaran hari mengundi kerana dibimbangi berlaku banjir.

“Saya percaya SPR sudah mempunyai kaedah untuk menangani perkara itu, sekiranya berlaku banjir,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2023 di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri bersedia menyediakan bantuan kepada pengundi untuk keluar mengundi, sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian.

“Kemudahan-kemudahan seperti bot untuk membawa mangsa banjir mengundi dalam tindakan pengurusan dan kita sudah bersedia,” katanya.

SPR menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan dan hari penamaan calon pada 18 November, manakala hari pengundian awal pada 28 November.

Jumlah pusat mengundi pada PRK Kemaman sebanyak 53 buah dengan 248 tempat mengundi dan saluran.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili PAS selepas pempetisyen berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

PRK Kemaman: Kenal pasti pusat undi mungkin dinaiki air

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *