Wednesday, May 8, 2024

Saya tak berniat khianat Bersatu, tapi tindakan ini demi Gua Musang – Mohd Azizi

Saya tak berniat khianat Bersatu, tapi tindakan ini demi Gua Musang – Mohd Azizi

Saya tak berniat khianat Bersatu, tapi tindakan ini demi Gua Musang - Mohd Azizi
Mohd Azizi Abu Naim

Kota Bharu: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim hari ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Azizi dari berkata, keputusan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.

“Selepas meneliti dan mendengar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia.

“Saya selaku ahli Parlimen Gua Musang dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini.

“Keputusan saya ini adalah bertujuan memastikan kebajikan penduduk di Parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk di laksanakan di Parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya.

Mengulas lanjut, beliau sejujurnya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati parti Bersatu, tetapi melakukannya demi memastikan Parlimen Gua Musang seiring dengan pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

“Adalah wajar untuk saya bersama dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana kita harapkan,” katanya.

Pada PRU-15 lalu, Mohd Azizi menang tipis di kerusi itu dengan majoriti 163 undi menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Barisan Nasional (BN).

Saya tak berniat khianat Bersatu, tapi tindakan ini demi Gua Musang – Mohd Azizi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *