Friday, May 10, 2024

Kediaman diserbu JKM, Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak

Kediaman diserbu JKM, Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak

Kediaman diserbu JKM, Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak
Nurul Shuhada terkilan dengan tuduhan Hafidz sehingga kediamannya diserbu JKM.

KUALA LUMPUR: “Adakah dia (Hafidz) lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?”.

Demikian luahan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ketika diminta mengulas mengenai kediamannya dikunjungi oleh pihak JKM kerana didakwa mengabaikan anak-anaknya.

“JKM datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas dan saya rasa, tiada masalah pun.

“Cumanya, apa yang membuatkan saya terkilan kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada Hafidz memberikan alasan kukuh, mengapa tindakan membuat laporan kepada JKM dibuat, Nurul Shuhada

tidak tahu apa alasannya.

“Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.

“Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit dan rezeki untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak,” katanya.

Pagi tadi, Nurul Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding tuntutan hadanah, namun, permohonannya untuk memasukkan nama ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai respondan kedua bagi menjaga kedua-dua anaknya tidak dipersetujui oleh Hafidz.

“Ketika masih bergelar suami isteri, ibu saya akan bantu jaga anak-anak. Contohnya, salah seorang anak masuk hospital dan sebagainya.

“Jadi, alasan saya memang kukuh memandangkan saya pun ada ketikanya keluar bekerja mencari rezeki. Tapi, pihak mereka menolak permohonan itu.

“Dia minta hadanah kekal, di mana hak penjagaan anak adalah untuknya seorang sahaja. Jadi, dalam kata lain, kalau saya nak berjumpa anak, saya tak boleh bermalam dengan mereka,” katanya.

Nurul Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.

 

Kediaman diserbu JKM, Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *