Wednesday, May 8, 2024

Tia Jinbara meninggal dunia

Tia Jinbara meninggal dunia

Tia Jinbara meninggal dunia
Tia Jinbara meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis Kumpulan Jinbara, Tia disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam ini.

Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.

“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.

“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya.

 

Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.

Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.

Tia mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *