Thursday, May 9, 2024

Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang

Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang

Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang
VOLODYMYR ZELENSKY

KYIV: Ketika perang di Ukraine masih berlarutan, Presiden Volodymyr Zelensky dilihat sempat memikirkan mengenai pilihan raya biarpun pemimpin itu menganggap bukan masa yang sesuai untuk mengadakannya ketika ini.

Komen itu dikeluarkan di tengah-tengah perdebatan semakin sengit untuk mengadakan pilihan raya umum Ukraine pada tahun depan.

Sementara negara lain dilanda konflik hanya memberi fokus terhadap aspek keselamatan berbanding memikirkan semata-mata isu politik dan siapa presiden seterusnya.

Dilaporkan, semua pilihan raya termasuk pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada musim bunga akan datang secara teknikalnya dibatalkan dibawah undang-undang tentera yang berkuat kuasa sejak konflik bermula tahun lalu.

“Kita harus memutuskan bahawa ini adalah masanya untuk bertempur yang mana nasib negara dan rakyat bergantung padanya.

“Jadi, saya percaya ini bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

Para pegawai dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dilaporkan mengesyorkan mengadakan rundingan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama 20 bulan.

Namun, Zelensky menafikan sekeras-kerasnya bahawa serangan balas Ukraine menemui jalan buntu atau negara-negara Barat bersandar pada Kyiv untuk mengadakan perbincangan. – AFP

Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *