Friday, May 10, 2024

Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan

Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan

Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan
Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mendedahkan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd. Azizi Abu Naim memberitahu dirinya telah didekati ‘broker’ politik yang menawarkan sejumlah wang lumayan sekiranya menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, dedah Ketua Bersatu Bahagian Gua Musang itu lagi beliau turut ditawarkan manfaat-manfaat lain jika berbuat demikian.

“Semasa pertemuan itu, belia (Mohd. Azizi) hadir dan memberitahu bahawa ada broker politik menwarkan sejumlah wang yang lumayan bersama manfaat-manfaat lain jika sokong Anwar.

“Mohd. Azizi memaklumkan, beliau telah menolak ke semua tawaran itu dan kami (Bersatu Kelantan) mengucapkan tahniah kepada beliau atas penolakan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

ADUN Air Lanas itu memberitahu, bagaimanapun beliau terkejut apabila Azizi membuat naik kenyataan menyokong Anwar di laman sosial Facebook miliknya malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kediaman diserbu JKM, Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak


Katanya, susulan itu beliau segera menghubungi Ahli Parlimen itu namun gagal selepas telefon dimatikan.

Mengulas lanjut mengenai kedudukan Mohd. Azizi, Kamaruddin berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden Parti Tan Sri Muhyiddin Yassin esok bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, selepas itu beliau akan bertemu dengan kepimpinan Pas Kelantan untuk memberikan pencerahan berkait dengan tindakan ADUN Nenggiri itu,

“Saya menjangkakan Mohd. Azizi bakal berdepan tindakan sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) dan Labuan (Datuk Suhaili Abdul Rahman),” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Pas negeri Wan Roslan Wan Hamat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima pemakluman tersebut dan satu mesyuarat berhubung perkara tersebut akan di adakan dalam masa terdekat.

Utusan Online semalam melaporkan, Mohd. Aziz Abu Naim secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.

Sokongan terbuka itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya sebentar tadi.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Mohd. Azizi yang bertanding atas tiket Pas berjaya menumbangkan penyandang kerusi Parlimen Gua Musang selama 10 penggal dari Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Mohd. Azizi menang dengan majoriti tipis sebanyak 163 undi untuk menewaskan Ku Li.

Mohd. Azizi memperoleh undian sebanyak 21, 826 manakala Ku Li yang juga Ketua UMNO Gua Musang hanya mendapat undi 21, 663.

Sementara itu, calon Asharun Uji (Pakatan Harapan) sebanyak 4, 517 undian dan Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat (Gerakan Tanah Air) dengan 371 undi.-UTUSAN

Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *