Thursday, May 9, 2024

Sanusi – Jangan buat publisiti buruk kepada Langkawi

Sanusi – Jangan buat publisiti buruk kepada Langkawi

Sanusi - Jangan buat publisiti buruk kepada Langkawi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. – Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa gambaran buruk seorang menteri dan pihak tertentu terhadap industri pelancongan Langkawi menjadi antara punca pelancong tidak memilihnya sebagai destinasi percutian.

Dakwanya, isu seperti larangan minum arak dan tidak boleh berseluar pendek adalah fitnah serta pembohongan yang hanya menimbulkan masalah sehingga menjauhkan pelancong.

“Dia (menteri) kata tak boleh datang Langkawi, tak boleh pakai seluar pendek, yang saya hangat hati kenapa cakap macam itu? Lepas tu dia kata kena bekerjasama dengan dia.

“Kerjasama yang pertama jangan buat publisiti buruk kepada Langkawi oleh semua pihak. Kenapa begitu iri hati dengan Langkawi? Buat cerita yang bukan-bukan, tak ada kebaikan sama sekali,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pengusaha dikatakan berisiko mengalami kerugian berterusan, malah dikhuatiri pulau legenda yang sebelum ini dipenuhi pelancong domestik mahupun antarabangsa setiap kali musim perayaan bakal bertukar menjadi ‘pekan hantu’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kediaman diserbu JKM, Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak

Katanya, Langkawi sebelum pandemik COVID-19 memberi sumbangan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion untuk negara dengan industri pelancongan Langkawi menjadi aset pelancongan negara.

“Sektor pelancongan ini pendapatannya pergi kepada Persekutuan. Kedah cuma tumpang jual nasi, jual coklat, hotel. Cukai perniagaan semua bayar kepada Persekutuan, Kedah kutip cukai pintu saja,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, antara faktor lain yang menyebabkan kekurangan pelancong ke Langkawi adalah disebabkan penerbangan terus dari beberapa negara belum bermula kecuali Singapura.

Katanya, sebelum pandemik sebanyak 60 peratus pelancong ke Langkawi adalah dari luar negara, manakala pelancong tempatan hanya menyumbang 40 peratus.

Sanusi – Jangan buat publisiti buruk kepada Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *