Saturday, April 27, 2024

Perubahan iklim punca kemarau melampau di di Iraq, Iran, Syria

Perubahan iklim punca kemarau melampau di di Iraq, Iran, Syria

Perubahan iklim punca kemarau melampau di di Iraq, Iran, Syria
Gambar hiasan. – Foto AFP

BAGHDAD: Saintis percaya kemarau melampau yang melanda Iraq, Syria dan Iran tidak mungkin berlaku tanpa perubahan iklim akibat pembakaran bahan api fosil.

Malah, mereka memberi amaran punca kemarau melampau yang mencengkam Iraq, Syria dan Iran, akan menjadi lebih teruk apabila suhu dunia semakin panas.

Menurut kumpulan World Weather Attribution (WWA), suhu tinggi akibat perubahan iklim disebabkan oleh manusia menjadikan kemarau berpotensi tinggi untuk berlaku, iaitu kira-kira 25 kali kemungkinan melanda Syria dan Iraq dan 16 kali diramal berlaku di Iran.

“Perubahan iklim disebabkan oleh manusia meningkatkan bahang kemarau dengan ketara, yang tidak mungkin diklasifikasikan sebagai kemarau sekiranya dunia 1.2 darjah Celsius lebih sejuk,” kata saintis.

Kumpulan itu juga mendapati kelemahan sedia ada berpunca daripada konflik dan ketidakstabilan politik, mengurangkan keupayaan orang ramai untuk bertindak balas terhadap kemarau apabila ia mencetuskan bencana kemanusiaan.


Kedua-dua wilayah itu kini sedang mengalami kemarau melampau seperti yang diklasifikasikan oleh skala Pemantau Kemarau Amerika Syarikat (AS).

“Selepas hujan agak baik pada 2020 dan hasil tuaian baik, hujan tiga tahun yang sangat rendah diikuti suhu yang sangat tinggi membawa kepada kemarau.

“Ia mengakibatkan kesan yang sangat teruk terhadap akses pertanian dan air yang boleh diminum,” kata pengarang bersama kaji selidik itu, Friederike Otta dari Institut Grantham, Kolej Imperial London.

Dalam taklimat dalam talian dengan pengarang bersama kaji selidik itu, Mohamad Rahimi dari Universiti Semnan, Iran, mengesyorkan pengurusan sumber yang lebih baik dijalankan.

“Mengikut sejarah, kami merekodkan tidak banyak hujan. Jadi, ini adalah perkara biasa untuk wilayah kami, tetapi peningkatan suhu adalah topik baharu,” katanya.

Beliau menambah, peningkatan suhu pada tahun-tahun mendatang akan menyebabkan penyejatan lebih cepat di sebahagian besar rantau itu. – AFP

Perubahan iklim punca kemarau melampau di di Iraq, Iran, Syria


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd. Azizi dakwa beliau didekati ‘broker’ politik untuk sokong Anwar-Bersatu Kelantan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *