Monday, May 20, 2024

Lantik semula hanya khabar angin – Saravanan

Lantik semula hanya khabar angin – Saravanan

Lantik semula hanya khabar angin - Saravanan
Anwar bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada perjumpaan khas MIC. – Foto BH

IPOH: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyifatkan namanya dikaitkan menganggotai semula Jemaah Menteri, sekadar khabar angin.Bekas Menteri Sumber Manusia itu berkata, tiada sebarang perbincangan di antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan itu.

“Itu (rombakan Kabinet) kuasa Perdana Menteri dan tak sepatutnya bagi sesiapa menekan Perdana Menteri buat keputusan,” kataya selepas Persidangan MIC negeri Perak ke-77 di sini, hari ini.

Beberapa minggu lalu, beberapa portal berita melaporkan akan berlaku rombakan Kabinet yang antara lain menyebut Saravanan mentetai Jemaah Menteri.

Sementara itu, Saravanan berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MIC Pahang dan Perak yang meluluskan resolusi usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan MIC 2024.

Terdapat enam resolusi yang dipersetujui pada Konvensyen MIC negeri Perak ke-77 hari ini, antara lain MIC Perak menggesa Perdana Menteri untuk melantik jawatan seorang menteri Kabinet dan seorang Timbalan Menteri daripada parti itu.

Lantik semula hanya khabar angin – Saravanan

PRK JEPAK: GPS MAMPU TINGKAT MAJORITI

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *