Thursday, May 9, 2024

Tindakan Mohd. Azizi mengejutkan, kecewakan pengundi di Gua Musang-ADUN Galas

Tindakan Mohd. Azizi mengejutkan, kecewakan pengundi di Gua Musang-ADUN Galas

Tindakan Mohd. Azizi mengejutkan, kecewakan pengundi di Gua Musang-ADUN Galas
MOHD. Syahbuddin Hashim.

GUA MUSANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim yang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Mohd. Syahbuddin berkata, tindakan Mohd. Azizi itu dilihat mengecewakan sebahagian besar pengundi yang mengharapkan beliau kekal berprinsip bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, beliau sama sekali tidak menyangka Mohd. Azizi menjadi Ahli Parlimen ketiga daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman memulakan langkah terbabit.

“Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kerana beliau memilih untuk meletakkan kepentingan rakyat Gua Musang sebagai pilihan utama beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Saya berharap hasrat yang dinyatakan oleh beliau benar-benar dilaksanakan kepada rakyat. Sudah setahun beliau menjadi Ahli Parlimen Gua Musang, tetapi arah usaha di lapangan masih kurang menyerlah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas daripada Ahli Parlimen Gua Musang itu sejak malam tadi masih gagal.

Mohd. Azizi berdiam diri apabila panggilan dan mesej melalui aplikasi WhatsApp tidak berbalas selepas membuat kenyataan menyokong Perdana Menteri di laman sosial Facebook rasmi miliknya semalam.

Utusan Online Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) Mohd. Aziz Abu Naim secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokongan terbuka itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.-UTUSAN

Tindakan Mohd. Azizi mengejutkan, kecewakan pengundi di Gua Musang-ADUN Galas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *