Thursday, May 9, 2024

Penyanyi kongsi video labah-labah besar melata di muka

Penyanyi kongsi video labah-labah besar melata di muka

Penyanyi kongsi video labah-labah besar melata di muka
JESSICA memuat naik video menggelikan memaparkan labah-labah besar melata di atas mukanya. – AGENSI

SYDNEY: Penyanyi kumpulan pop The Veronicas, Jessica Origliasso berkongsi rakaman video menggelikan yang memaparkan labah-labah besar melata di atas mukanya.

Wanita berusia 38 tahun itu baru-baru ini mengejutkan para peminatnya selepas membuat persembahan dengan meletakkan serangga itu di atas bibirnya dalam video muzik single terbaharu berjudul Perfect.

Lapor Daily Mail, Jessica memuat naik rakaman di sebalik tabir yang menunjukkan detik-detik pengendali hidupan liar meletakkan labah-labah bernama Hunter ke atas mukanya.

“Tidak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan labah-labah. Sebelum ini, saya benar-benar mengalami arachnophobia.

“Semua menyangka ini adalah teknologi imej janaan komputer (CGI) dalam video muzik bagi single Perfect. Jadi, kami terpaksa berkongsi lebih banyak klip bersama Hunter,” kata penyanyi kelahiran Queensland itu di laman Instragramnya.

Jessica turut mengucapkan terima kasih kepada pengendali serangga itu keran a mengajarnya mengenai labah-labah sebelum berkongsi beberapa fakta menarik dengan peminatnya.

Penyanyi itu turut menggesa peminatnya untuk tidak membunuh serangga berkenaan sekiranya menjumpainya di rumah, sebaliknya meminta mereka menghalau secara baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *