Monday, May 20, 2024

Saintis China bangunkan bateri pengecasan pantas, capai 90 peratus dalam 10 minit

Saintis China bangunkan bateri pengecasan pantas, capai 90 peratus dalam 10 minit

Saintis China bangunkan bateri pengecasan pantas, capai 90 peratus dalam 10 minitWuhan: Sekumpulan saintis China membangunkan sejenis bateri litium-ion pengecasan pantas yang mampu mencapai pengecasan 90 peratus pada telefon bimbit dalam masa hanya 10 minit, lapor Xinhua.

Bateri berasaskan grafit mempunyai lapisan fosforus ultranipis pada permukaannya, yang boleh ditukar kepada interfasa elektrolit pepejal kristal dengan kekonduksian ionik yang tinggi, menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Nature Energy.

Dalam senario dengan kadar pengecasan enam minit, pengekalan kapasiti bateri kekal pada 82.9 peratus untuk lebih 2,000 kitaran, menurut kajian itu.

Bateri itu, yang menampilkan sifat elektrokimia yang sangat baik, boleh dihasilkan dengan cara yang mudah dan kos efektif, sekali gus memegang potensi pasaran yang besar, kata para penyelidik.

Saintis China bangunkan bateri pengecasan pantas, capai 90 peratus dalam 10 minit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *