Monday, May 20, 2024

Cristiano Ronaldo terus cipta sensasi

Cristiano Ronaldo terus cipta sensasi

Cristiano Ronaldo terus cipta sensasi
RONALDO terus mengumpul koleksi jaringan bersama Al-Nassr apabila meledak satu gol ketika menewaskan Al-Khaleej. – AFP

RIYADH – Penggempur sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam kariernya berjaya mengumpul jumlah jaringan yang lebih banyak ketika melepasi usia 30 tahun berbanding pemain lain.

Bekas pemain Manchester United itu sudah pun menjaringkan 400 gol buat Portugal dan kelab sekaligus mengatasi beberapa lagi bekas pemain bintang Liga Perdana Inggeris.

Terbaharu, Ronaldo menyumbangkan satu gol ketika membantu kelabnya, Al-Nassr menewaskan Al-Khaleej 2-0 dalam saingan Liga Profesional Arab Saudi.

Sejak menyertai Al-Nassr, Ronaldo sudah pun merekodkan 29 gol dalam 35 perlawanan, malah turut merekodkan 11 bantuan jaringan.

Lebih mengagumkan, Ronaldo mengatasi rekod bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney dan dua legenda Chelsea, Didier Drogba and Andriy Shevchenko dalam aspek meledak gol ketika masing-masing melepasi usia 30 tahun.

Rooney menjaringkan 313 gol dalam 764 penampilan sepanjang bermain dengan Manchester United, Everton, DC United dan Derby County serta 53 gol dengan The Three Lions.

Sementara itu, Drogba pula meledak 351 kali buat kelab dan negaranya, manakala Andriy Shevchenko merekodkan 326 gol. – AGENSI

Cristiano Ronaldo terus cipta sensasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media sosial perlu ada lesen operasi selepas ini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *