Monday, May 20, 2024

Suspek kes langgar lari ditahan polis

Suspek kes langgar lari ditahan polis

Suspek kes langgar lari ditahan polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof

SEPANG: Pemandu kereta e-hailing yang terbabit dalam insiden langgar lari di Jalan Dengkil – Bangi Lama menghala ke Kajang pagi Sabtu lalu sudah ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut dilakukan keal atas suspek, namun keputusannya adalah negatif.

“Suspek juga telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk diambil spesimen darah dan air kencing sebelum dihantar ke jabatan kimia untuk semakan kandungan dadah dan alkohol.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Dalam kejadian pukul 7.52 pagi kelmarin itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang tertera logo syarikat e-hailing dikatakan merempuh sebuah kereta lain sebelum melarikan diri.

Sebelum ini, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza berhenti di tepi jalan selepas melanggar sebuah kereta.
Menerusi video itu, dua lelaki dalam kereta itu dilihat berada dalam keadaan tertidur selepas memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum didekati pengguna jalan raya lain.Suspek kes langgar lari ditahan polis
Bagaimanapun, sebaik tersedar dari tidur, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut melarikan diri dengan kenderaan sama. – UTUSAN 

Suspek kes langgar lari ditahan polis

Beri pinjaman wang tanpa lesen, lelaki didenda RM3,000

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *