Pekerja inap desa dipenjara 6 bulan, 'skodeng' usahawan wanita mandi
Usahawan wanita berusia 36 tahun dari Ampang, Kuala Lumpur mendakwa terlihat tangan seseorang memegang telefon bimbit di tingkap bilik mandi penginapan mereka di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu sebelum menjerit memanggil suaminya. - Foto hiasan

Pekerja inap desa dipenjara 6 bulan, ‘skodeng’ usahawan wanita mandi

Pekerja inap desa dipenjara 6 bulan, ‘skodeng’ usahawan wanita mandi

Pekerja inap desa dipenjara 6 bulan, 'skodeng' usahawan wanita mandi
Usahawan wanita berusia 36 tahun dari Ampang, Kuala Lumpur mendakwa terlihat tangan seseorang memegang telefon bimbit di tingkap bilik mandi penginapan mereka di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu sebelum menjerit memanggil suaminya. – Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan pencerobohan dan mengintai seorang usahawan wanita mandi di sebuah penginapan di Kampung Jeram, Manir, Ogos lalu.

Tertuduh, Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Ahmad Farhan didakwa dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan melihat kemaluannya kira-kira jam 12.30 tengah malam, 26 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh sabitan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut mengaku bersalah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki premis penginapan yang digunakan sebagai tempat tinggal pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh sabitan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, manakala kedua-dua hukuman dijalankan serentak selepas hukuman dijatuhkan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Biro Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Najmi Adila Md Nasir.

Terdahulu, media melaporkan hajat seorang peniaga wanita bercuti dan membuat penggambaran baju Melayu di sebuah inap desa di daerah ini tergendala apabila dia dipercayai menjadi mangsa ‘skodeng’ ketika berada di dalam bilik mandi.

Mangsa berusia 36 tahun dari Ampang, Kuala Lumpur mendakwa terlihat tangan seseorang memegang telefon bimbit di tingkap bilik mandi sebelum menjerit memanggil suaminya.

Pekerja inap desa dipenjara 6 bulan, ‘skodeng’ usahawan wanita mandi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *