Lelaki maut, bayi antara 4 parah nahas di Shah Alam
Kereta terbabit nahas di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor, tengah hari tadi. - Foto BOMBA

Lelaki maut, bayi antara 4 parah nahas di Shah Alam

Lelaki maut, bayi antara 4 parah nahas di Shah Alam

Lelaki maut, bayi antara 4 parah nahas di Shah Alam
Kereta terbabit nahas di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor, tengah hari tadi. – Foto BOMBA

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut, manakala empat yang lain, temasuk seorang bayi perempuan parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, lelaki berusia 39 tahun yang maut tersepit di tempat duduk pemandu. Empat lagi mangsa cedera, iaitu wanita berusia 38 tahun, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia empat dan tujuh tahun serta bayi berusia tujuh bulan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga FLX yang dipercayai terbabas melanggar tiang elektrik.

“Siasatan mendapati, terdapat lima orang dalam kenderaan itu yang mana seorang mangsa lelaki tempatan berumur 39 tahun tersepit di bahagian pemandu. Bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 1.45 tengah hari, namun dia disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Selain lelaki berkenaan, seorang wanita tempatan berumur 38 tahun, dua kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan empat tahun serta bayi perempuan tujuh bulan mengalami cedera parah. Semua mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya kepada pemberita.

Setakat ini, identiti semua mangsa serta hubungan mereka masih belum dikenal pasti.

Lelaki maut, bayi antara 4 parah nahas di Shah Alam

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *